Pages

Thursday, October 28, 2010

Kalau hati baik, wajah sentiasa cantik

“Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?” keluh seorang sahabat rapat kepada saya.

“Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,” tambahnya lagi.

“Mengapa? Teruji sangatkah?”

“Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian.”

“Kau menjaga pandangan?”

“Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.”

“Ya, iman kita sering teruji,” balas saya, seakan-akan menumpang keluhannya.

“Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik… cantik. Tapi entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri.”

“Kita akan dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini,” pujuk saya untuk meredakannya.

“Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian itu.”

Saya senyum. ‘Bantuan’ yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran.

“Kau yang mesti mulakan dulu, insya-Allahlah isteri akan mengikut nanti,” cadang saya.

“Ya, aku dah mulakan. Mudah-mudahan dia dapat ’signal’ tu…”

“Amin.”

Saya termenung memikirkan ‘masalah kecil’ yang kekadang boleh mencetuskan masalah besar itu. Sepanjang pergaulan saya telah ramai suami yang saya temui mengeluh tentang sikap isteri yang malas berhias. “Apa guna, kita dah tua.” “Alah, awak ni tumpu ibadat lah.” “Dah tua buat cara tua.” Itulah antara alasan yang kerap kita dengar daripada para isteri.

Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan perempuan simpanan, pelacuran dan sebagainya. Ada juga yang ingin mencari jalan baik… (eh, seperti poligami) tetapi tidak berapa berani berdepan dengan isteri. Ada juga yang terus memendam rasa seperti sahabat rapat saya itu.

“Tak berani poligami?”

Dia menggeleng kepala.

“Tak ada calon ke?” saya mengusik lagi.

“Ramai…”

Memang saya lihat pada usia awal 40′an dia tambah segak dan bergaya.

“Habis kenapa?”

Dia diam. Saya renung wajah sahabat saya yang begitu akrab sejak dahulu. Dia memang lelaki baik, berakhlak dan begitu rapi menjaga ibadah-ibadah khusus dan sunat.

“Aku sayang isteri aku. Sangat sayang. Aku tidak mahu hatinya terguris atau tercalar. Aku kenal dia… Walaupun mungkin dia tidak memberontak, tetapi kalau aku berpoligami dia pasti terluka.”

” Kau sudah berterus terang dengannya?”

“Tentang apa tentang poligami?”

“Bukanlah. Tapi tentang sikapnya yang malas berhias dan bersolek tu?”

“Aku takut melukakannya.”

“Tak palah kalau begitu, biar kau terluka, jangan dia terluka,” saya berkata dengan nada sinis.

Dia faham maksud saya.

“Aku sedang mencari jalan berterus-terang,” dia mengaku juga akhirnya.

“Tak payah susah-susah. Katakan padanya dia cantik, tetapi kalau berhias lebih cantik…”

“Lagi?”

“Katakan kepadanya, berhias itu ibadah bagi seorang isteri. Jadi, bila kita yakin berhias itu ibadah, tak kiralah dia telah tua ke atau masih muda, cantik atau buruk… dia kena berhias. Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua,” saya senyum. Kemudian ketawa. Pada masa yang sama saya teringat apa yang dipaparkan oleh media massa bagaimana ‘ayam-ayam’ tua (pelacur-pelacur tua) yang terus cuba menghias diri untuk menarik pelanggan-pelanggan mereka. Mereka ini berhias untuk membuat dosa… Lalu apa salahnya isteri-isteri yang sudah berusia terus berhias bagi menarik hati suami mereka – berhias untuk mendapat pahala? Salahkah?. Mencari kecantikan isteri, bukan isteri yang cantik.

“Kita para suamipun banyak juga salahnya,” kata saya.

“Kita tak berhias?”

“Itu satu daripadanya. Tapi ada yang lebih salah daripada itu,” tambah saya lagi.

“Salah bagaimana?”

“Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri!”

“Dalam makna kata-kata kau tu…”

“Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada kecantikan isteri… Di mana kecantikan sejati mereka selama ini.”

“Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga.”

“Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.”

“Kau telah luahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Itulah yang aku maksudkan tadi… aku tak sanggup berpoligami kerana terlalu kasihkannya.”

“Kasih ke kasihan?” saya menguji.

“Kasihan tak bertahan lama. Tetapi aku bertahan bertahun-tahun. Aku kasih, bukan kasihan.”

Tongkat ‘muhasabah diri’ vs tongkat Ali

“Relaks, aku bergurau. Tetapi ada benarnya kalau isteri katakan bahawa kita telah tua.”

“Maksud kau?”

“Bila kita sedar kita telah tua… kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah! Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi.”

” Ya, aku teringat kisah Imam Safie. Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa? Kau tahu apa jawabnya?”

Saya diam.

“Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah.”

Saya diam. Terus termenung. Imam Safie, tak silap saya wafat pada usia awal 50′an. Tepat sungguh firasatnya. Insya-Allah, jalannya menuju Allah sentiasa diredhai.

“Kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, kita boleh hadapi masalah isteri tidak berhias ini. Kita akan cari kecantikannya yang abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi…” tegas sahabat saya itu.

“Kita tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang menguji iman. Kita juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan.”

“Ya, kalau kita baik, isteripun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!”

Ironinya, ramai suami yang telah berusia masih belum sedar hakikat ini. Seperti imam Safie …pada usia-usia begini ramai suami yang mula mencari tongkat… Sayangnya, bukan ‘tongkat muhasabah diri’ tetapi tongkat Ali!

Wednesday, October 27, 2010

Tips rumahtangga - bace dan sengeh la ngkorang

Why men will always look for a reason to have more than one woman
  1. A man needed a girlfriend and not a wife. Dia tak suka bila balik umah jer, bini citer pasal bil TNB tak bayar lagi, citer pasal tuan sewa rumah datang mintak duit. Dia menyampah biler hari hari kena dengar citer Mak kat kampung (mak bini ler) talipon suruh pi ziarah anak pak ngah kat UiTM. Guna akal puan2, bagi dia kenyang perut, malam tu pulak bagi se das dua, masa dia dok hisap rokok atas katil tu, kiss dahi dia baru ler mintak duit ker apa ker.. Yang si Laki tu pulak, jangan ler lepas menggigil keenakkan tu terus pejam mata membuta..kentut pulak tu..buruk.
  2. Orang Jantan ni memang gatal dan miang.. Jangan larang dia tapi jangan pi suruh dia raba bontot amoi kat Giant pulak..ish.. Kalau mamat tu jeling pun dah kena belasah, fed up dia. Cubit manja cukup. Pastu, balik umah piat manja telinga dia pulak, " Abang gatal ekkk.. mai sini nak tengok gatal setara mana.." hehehe..pastu kau orang pikir sendiri ler apa nak buat.. tak payah ajar dah. Tapi orang jantan pun jangan pulak jegil bijik mata kat amoi sampai berair mulut.. Memang patut ler kalau bini belasah ngan kulit durian.
  3. Cik Abang awak tu nak makan lauk yang awak masak.... kalau hari hari ta pau kat kedai Wichuda.. alamat bermadu ler awak. Pi ler beli buku masak Chef Wan tu.. satu investment yang memang patut. Kari tu biar ler rasa kari, ini idak, buat sup ayam tapi rasa cam hirup air panas bergaram. Buat ler macam tu, kena ada Mak Janda jambu bagi dia pekena gulai ketam ker apa ker, hmmm... makan hati ler awak nanti.
  4. Kalau ada buah buahan kat umah tu, kupas ler bagi dia makan.. Rambutan pun kupas depan dia.. sambil pipi atas paha dia depan TV.. Tapi tak leh caya gak orang tuer tu.. sambil sengeh makan rambutan pun dia dok khayal kat amoi gak tu.. tapi tak kisah ler.. janji dia ada kat umah ngan awak... Ajak ler orang tua tu main congkak ker apa ker kat umah..hehehe..
  5. Jangan ler di bebel sangat kat mamat tu kalau dia buat salah sikit sikit. Orang jantan ni pantang kalau diungkit kisah kisah lama... Tarik ler muker masam kejap.. 20 minit cukup. Tak payah dok moncong dari KL sampai Melaka. Pastu awak gertak jer.. cakap " kalau u boleh buat, I pun nak buat lah " Alah.. dia cakap jer tak takut tapi kat luar jer tunjuk macho.. kat dalam dia cuak gak...
  6. Tok sah dok rengek rengek mintak itu mintak ini. Girlfriend tak buat cam tu.. GF selalu cakap "asal dinda dapat bersama kekanda...itu saja yang dinda pinta". Lagi rengek lagi ler dia tak belikan.. lagi ler dia murah hati kat officer comel kat ofis.
  7. Sex ? memang penting kak oi..jangan dok amik ringan. Awak yang mulakan dulu. Jangan tunggu dia mintak. 3 kali seminggu minimum. kalau period guna akal cari cara lain (jgn sua kot belakang pulak..ish haru biru pulak nanti). Kalau muak atas katil, bawah katil pulak hehe, muak dalam bilik, bagi orang gaji cuti, buat kerja atas sink..hehehhehehe.., kalau muak dalam rumah, ajak pi ronda dalam kereta, berenti kat taman bunga ker apa ker.. Pi chow kit sengsorang, beli ler maajun ker jamu ker bender ker, so that ketat sentiasa... gelak ler gelak. tak main main ni.
  8. Bersolek..bersolek .. bersolek.. bau tu kasi harum sikit. Kalau tak cukup duit nak beli perfume mahal, kat petaling street ada yang ciplak. RM 10 jer. Tapi jgn ler sembur sejam sekali, mau pengsan orang tuer tu. Bulu ketiak cukur, biar ler gatal ketiak tu, asal laki tak pi gatal kat luar. Bulu itu pun trim ler sikit tapi jgan pi kaler blonde lak, kena heart attack lak cik abang awak.
  9. Amboi seronok kau orang jantan baca ni erk.. kau orang tu pun sama gak. Exercise sikit. Ada hati nak tackle amoi tapi semput.. perut tu jaga. Balik umah jgn ler dok berkubang ngan kain pelikat depan TV, bini2 kau orang tengok pun menyampah. Kalau bini dah wangi, kau orang pun sama ler ikut.. bagi ler bini selera sikit nak seduce korang. Ketiak macam ketiak monyet pastu dok harap bini cium...eee..
sumber dari insan tersayang

Tuesday, October 26, 2010

Klip video Ustaz Kazim Elias - Tackle Hati Isteri


Dipanjangkan oleh hasniza

PENGAJARAN UNTUK PAGI INI:

Tackle isteri dengan perasaan. Bukan dengan kekerasan. Bukan dengan kekuatan. Bukan dengan tangan.

Menangani Isteri Yang Kuat Membebel dan Berleter

Fahrin Ahmad (bukan nama sebenar) sedang kepenatan memandu tika pulang dari kerja lewat petang itu. Selepas meeting yang panjang dan memenatkan, tambah pula dengan jalan yang sesak kerana berlaku kemalangan, dia mengharapkan rehat yang cukup maximus bila tiba di rumah nanti. Terbayang di kepalanya mandian air panas, makan malam yang enak dan diulit tilam empuk yang nyaman..


Tiba di rumah, belum sempat Fahrin Ahmad membuka kasut, isteri tercintanya Mira Edora (bukan nama sebenar) menyambutnya dengan sapaan ‘mesra’,


“Kenapa lambat? Semalam U janji nak balik jam 5ptg, I dah masak bla bla bla pong pang pong pang..” hingga akhir ayat.


Fahrin Ahmad berasa bengang kerana isterinya membebel yang mana sepatutnya tiada dalam to-do listnya hari itu. Beliau membalas bebelan dengan keluhan yang garang.


“Awak tau tak saya penat ni baru balik keje? Bukan nak tanya elok2, membebel je keje. Saya bosan tau tak! Dah lah awak duk kat rumah je hari2, saya ni hari2 keluar keje cari duit, awak pulak reti membebel bebel bebel. Menyusahkan betul!”


Maka malam itu berlalu dengan hati yang membara, bukan bara asmara tapi bara setan.

Akhirnya Fahrin Ahmad dah tak tahan lagi dengan bebelan Mira Edora. Dia mula rasa bosan di rumah, dengan anak memekak, isteri bersyarah. Lalu beliau mengajak temannya Akhil Hayy (bukan nama sebenar) keluar minum di sebuah kafe.


“Aku da tak tahan ar Bro. Bini aku kejenya membebel aje. Sakit dah telinga aku yang capang ni” Fahrin Ahmad mengadu.


Akhil Hayy tertawa sinis


“Apara lu, ni baru bini membebel, belum kena soal Mungkar Nakir lagi”.


“Bro ko jangan buat lawak insaf macam tu. Tau la ko ustaz”


“Fahrin, gua nak bagitau lu satu citer. Citer ni berlaku zaman Saidina Umar. Ada sorang mamat ni, macam lu la, ada isteri yang kuat betul membebel. Nasibla masa tu tadak radio, kut tak sure dah jadi DJ wanita pertama dah. Pastu dia naik bengang ar, dia marah balik. Bini dia plak menjawab, ape lagi, perang la. Hari2 camtu. Senak kepala otak beb. Satu hari mamat ni dah tak tahan, dia pun pegi uma Saidina Umar nak mengadu, apa patut buat kat bini dia ni..”


“Pastu? pastu?”


Fahrin Ahmad menyampuk.


“Kot ye, saba la. Ape ar” Akhil Hayy menegur dengan penuh hikmah. Lalu beliau menyambung “..

“Sampai2 je umah Umar, mamat ni pulak tekejut dengar Umar pun kena bebel dengan bini dia! Tapi Umar diam aje. Mamat ni pulak dah macam tu, dia pun fikirla ‘Umar pun kena bebel dengan bini.. Adoi.. Camnila nasib suami2 zaman sekarang’. Pastu dia pun nak balik la.. Tibe2 Umar napak dia dan panggil ‘Eh enta tu nakgi mana? Tak singgah dulu minum teh ke apa?’ Mamat ni pun jawab ‘Takpela Umar, ana ingat nak jumpa enta pasal bini ana ni tak stop2 membebel. Tengok2 enta pun kena bebel jugak. Tapi ana ’saspek’ (respek) la, enta cool aje. Kalo ana, dah lama kena pelempang’ Lalu Umar senyum dan cakap ‘Tak patutla kalo ana tak bersikap cool. Dia seharian kat umah, masak, kemas, cuci baju, jaga anak,etc. Malam2 ana cari dia jugak. Biarla sesekali dia nak meluahkan perasaan..’ Ha.. Tu la kisahnya”


Akhil Hayy menghabiskan cerita. Fahrin Ahmad terdiam. Dia terkenang Mira Edora yang dah macam tempoyak dilenyek 4 orang anak mereka yang semuanya hero belaka. Tu belum masuk dilenyek dirinya jugak. ‘Kesian bini aku’ terdetik di hati Fahrin Ahmad. Ya, selama ni dia fikir dia sorang je yang penat bekerja cai duit untuk keluarga, manakala isterinya pula lepak2 di rumah. Tapi.. kalau la suruh dia yang duk rumah jaga anak2 tu.. sorila beb. Tak sanggup!. Sebenarnya.. dia ada banyak masa untuk dirinya sendiri walaupun sibuk dengan kerja. Isterinya 24 jam dengan hal keluarga, anak, uruskan rumahtangga… sampaikan nak mandi pun tak sempat bersabun, itu belum working wife lagi Sebenarnya.. dia ada masa rehat sejam sehari di pejabat. Isterinya cuma boleh berehat semasa anak2 mereka tidur pada pukul 2 pagi setiap hari Sebenarnya.. dia ada kawan2 untuk bercakap2 dan melepak bersama. Isterinya cuma ada dia yang balik dah dekat nak malam pegi kerja sebelum matahari terbit lagi Jadi, wajarlah isterinya membebel begitu. Dia penat dan nak berehat. Isterinya pun penat dan nak meluahkan kepenatannya sepanjang hari tu Apa salahnya berkongsi kepenatan sebelum sama2 berehat. Dia patut bersabar dan jadilah pendengar yang baik. Nothing to lose pun. Bukan boleh turun gaji/pangkat dengan mendengar leteran isteri Malah boleh merapatkan intimacy. Bila isteri berleter, semuanya keluar mengikut emosi Jadi dia kenalah bijak untuk menapis dan menegur dengan hikmah. Bukan marah balik.

Wahai lelaki, hormatilah isteri anda


Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.


Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat.


Kenapa?


Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri. Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah. Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya. Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang. Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu. Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.


  1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
  2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
  3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
  4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
  5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
  6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
  7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
  8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
  9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
  10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..
  11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..
  13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
  14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
  15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
  18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
  19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
  20. 20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
  21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
  22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
  23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk.Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan". Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja. Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya. Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.


Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina. Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga. Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai. Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.


Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.


Petikan Yadim - Sakinah: Bahagia Sebuah Keluarga


sumber dari insan tersayang